Friday, February 27, 2009

Baharom 12

Aku pakai jersi nombor 12 sejak mula-mula bermain di liga kompetetif. Nombor itu bukanlah nombor bertuah pun. Tidak ada apa-apa makna langsung. Kalau ikutkan hati aku, aku mahu menyarung jersi bernombor 1 atau 2. Tetapi hajat aku itu menjadi buah mulut orang apabila mula-mula menyarung jersi pasukan kebangsaan dahulu. Peminat bising, persatuan bolasepak tak benarkan, media perbesar-besarkan perkara itu dan macam-macam hal lagi. Mereka mahu aku pakai jersi nombor 10 seperti Maradona, Pele, Platini dan bintang-bintang bolasepak dunia yang lain. Tak faham aku. Itu baru hal jersi. Sepatutnya aku perbesarkan isu rumput.

Sebagai perkenalan, aku Baharom atau nama sebenar seperti yang tertera di kad pengenalan ialah Baharom Bin Bahari. Abah kata nama itu adalah gabungan nama dia dan nama emak. Emak bernama Romlah. Panjang juga akal abah dan emak. Aku seorang bekas pemain bolasepak profesional. Posisi aku dahulu sebagai pemain tengah menyerang. Pemain tengah menyerang ini memang posisi kegemaran aku sejak darjah 4. Senang sahaja tugasku. Aku hanya perlu mendapatkan bola, mencipta peluang untuk rakan penyerang atau menyudahkan peluang yang muncul. Aku tidak pernah bermain di posisi lain. Sebelum bersara, ada juga kelab yang mahu menawarkan kontrak lumayan untuk aku bermain dengan pasukan mereka. Tetapi mereka mahukan aku bermain sebagai pemain pertahanan. Kononnya sesuai dengan usia veteranku. Aku tolak mentah-mentah. Lebih baik aku tidak bermain langsung daripada membuat sesuatu yang bukan kebolehanku. Aku juga ada reputasi yang perlu dijaga.

Aku dilahirkan pada tahun 1999 iaitu pada hari ketika Zinedine Zidane dianugerahkan Pemain Terbaik Dunia FIFA 1998. Makanan kegemaranku ialah nasi goreng kampung. Minuman kegemaranku pula air kacang soya. Lagi-lagi air kacang soya yang emak masak di rumah. Memang lazat. Air kacang soya yang emak masak tak sama macam yang dijual dalam botol atau dalam kotak di kedai-kedai itu. Tapi jarang emak masak air itu. Bulan Ramadan dapatlah merasa.

Di dalam adik-beradikku yang hanya tiga orang, aku anak kedua. Yang sulung, kakak. Yang bongsu, adik. Kakak yang bernama Ramona 5 tahun lebih tua dari aku. Aku tua 5 tahun dari adik yang bernama Borhan. Mungkin ini memang sengaja dirancang oleh emak dan abah. Ada juga aku dengar pepatah mengatakan ‘kita mampu merancang, hanya tuhan yang menentukan’. Tetapi tidaklah aku pasti sama ada itu pepatah yang disahkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka atau tidak.

Waktu kecilku, abah seorang kerani di pejabat tanah daerah. Kerjanya ialah masuk ke pejabat pada pukul 8 pagi dan pulang ke rumah pada pukul 5 petang. Begitulah setiap hari dari hari isnin hingga ke jumaat. Tidak kaya-kaya. Sekarang abah sudah bersara. Tetapi tidak kaya juga. Emak pula seorang suri rumah sepenuh masa. Emak cukup cemerlang di rumah. Rasanya emak tidak pernah pun mengikuti kursus suri rumah secara formal. Aku cukup suka suara emak ketika bernyanyi dodoikan adik di dalam buaian. Merdu suaranya. Entah-entah emak yang mengajar Siti Nurhaliza, penyanyi lagenda dari tempat kelahiranku itu menyanyi.

Zaman itu apabila hampir waktu abah pulang ke rumah dari pejabat, aku sudah bersedia di halaman dengan sebiji bola. Bola kulit bersaiz 5 pemberian abah itu aku timbang sampai sebati dengan kaki. Bola itu memang berat. Abah kata, bola itulah yang digunakan oleh pemain bolasepak sebenar. Aku bangga. Sebab semasa itu aku baru darjah 1. Bila abah tiba saja di rumah dengan kereta Kancil yang pada zaman itu memang popular, aku menggelecek abah sehingga maghrib. Tapi kalau bola di kaki abah, memang cukup sukar untuk aku rampas. Abah memang handal. Pada usia mudanya dia adalah pemain bolasepak separuh profesional dan pernah ditawarkan bermain untuk pasukan bahagian dua Liga Perancis . Cuma yang aku hairan tidak ada satu piala, medal atau gambar-gambar yang dipamerkan di rumah untuk aku lihat. Ya, aku ditipu abah sehingga dewasa.

Keluarga kami sederhana. Kami hanya tinggal di kuarters kakitangan kerajaan iaitu deretan rumah yang berusia di pinggir bandar Kuala Lipis. Aku seronok tinggal di situ. Rumah kami hujung sekali dan ada sedikit halaman dan kawasan lapang di tepinya. Di situlah aku setiap hari berlatih merembat bola ke dinding rumah dan bermain dengan abah. Aku ada lukis rajah tiang gol di dinding rumah itu dengan menggunakan arang dari orkid emak. Jarang sekali aku gagal menjaringkan gol. Penjaga golnya adalah sebatang pokok bunga kertas di dalam pasu bunga.

Di rumahku ketika itu tiada apa yang menarik. Tidak seperti rumah kawan-kawan yang lain, rumahku tiada siaran Astro, internet, dan jauh sekali permainan video model terkini. Abah hanya membelikan buku sebagai hiburan di masa lapang. Jadi setiap malam aku dan kakak hanya membaca buku manakala adik pula menconteng buku. Di sekolah aku jadi sering ketinggalan jika ada kawan-kawan yang sibuk bercerita perihal rancangan menyanyi Akademi Fantasia yang begitu popular dan ditayangkan di siaran Astro itu. Entah apa yang seronok aku tidak tahu. Namun aku tidak berasa rugi langsung. Itu bukan hal pemborakkan yang perlu bagi seorang laki-laki yang gagah sepertiku.

35 comments:

  1. Babi. rilek laa..nanti laa dia start cari player lain. gua letak lu main bek. zizou, lu main team temerloh. kapten paling ganas pahang.

    ReplyDelete
  2. kalau mengikut terma waras kami kat www.harimaumalaya.com no 12 tu keramat dia lebih baguih dok ada dari bulatan au3 kat keramat nun..

    ReplyDelete
  3. penjaga gol hanyalah sebatang pokok kertas...
    xbleh blah...

    ReplyDelete
  4. Ko letak aku jadi coach...amacam? mantap?

    ReplyDelete
  5. koi posisi amende...
    kalo bleh sama dengan sagna..
    ehehehe

    ReplyDelete
  6. buat je pertandingan satu malaysia...start dari kampung....team mana power....lawan sampai habis....

    dah menang,dapat kontrak wakil malaysia....prestasi merudum...reject!...haha..


    peh....macam game contra...

    ni nak wakil malaysia...baru le bersepah kumpul pemain....macam anak ayam...

    ReplyDelete
  7. mak ai. dh berkembang lagi kareer lu nih.

    tabik toing2 la!!!

    lu selitkan la skit kisah cinta monyet baharom tu, siri bercinta dgn fashah sandra smpai kawin kt siam ke. bleh menarik minat lebey ramai celebriti utk baca autobiografi baharom nih.

    ^_^

    ReplyDelete
  8. kekeke..tak boleh blah. Paradoks, macam celaka pun ada. Tapi nasib baik kareer lu dah berkembang

    ReplyDelete
  9. lu amik no 12 sama dengan lagenda negeri kite pnuye no
    azizul kamaludin!

    ReplyDelete
  10. Steady Baharom! GUa nak tgk lu hebar sampai mana.

    ReplyDelete
  11. nanti ko buat lawan persahabtan ngan geng2 UTAS..amacam..tiram ngn lipis..baru ngam

    ReplyDelete
  12. "Aku dilahirkan pada tahun 1999..."

    lahir tahun 99 umur baru 10 tahun bai..biar betik, takkan umur 10 tahun dh jd bekas pemain bola profesional.

    *baca ulang 5 kali nak kasi kompem*

    ReplyDelete
  13. Lagi-lagi air kacang soya yang emak masak di rumah. Memang lazat. Air kacang soya yang emak masak tak sama macam yang dijual dalam botol atau dalam kotak di kedai-kedai itu. Tapi jarang emak masak air itu. Bulan Ramadan dapatlah merasa.

    sebijik macam gua, sumpah.

    heh.

    ReplyDelete
  14. jadikan Baharom duta produk minuman air kacang soya terlaris jenama Terra Terre !
    hahahaha saham aku kena ada sket beb :D

    dan pastikan Baharom cerdik banyak dari Mawi , lebih macho dari Rosyam Noor ..
    OKAY !

    ReplyDelete
  15. hampir sama macam nama pengetua sekolah gua dulu.. baharom kamari.. haha

    ReplyDelete
  16. baharom sebaya anak buah gua la...hensem tak baharom tu?

    ReplyDelete
  17. alamak...gua kalo nama baharom ni mesti ingat tukang pandu bos gua. gua benci sama dia ar.

    lu punya citer ni sok kena ada skandal rasuah bola sepak selain baharom ni sampai kena kawen paksa ngan artis.err...gua rasa x payah la.

    ReplyDelete
  18. Teruskan menulis pipi!


    :)

    *Salam dari Anak Bumi yang sedang lompat dari blog ke blog.

    ReplyDelete
  19. Ha! Cerita macam ginilah David Teoh mahupun Jerry Bruckheimer kena bikin buat filem. Lagu pula sentuhan AR Rahman.

    Baru ampuh.

    ReplyDelete
  20. siskinny, ni cerita masa depan laa..

    ReplyDelete
  21. "...Lebih terkenal dari Aidil Zafuan. Akmal Rizal? Hak..tuihh..!!!.."

    pergh mcm benci dadah..

    ReplyDelete
  22. "... Lebih berbisa dari Safee Sali. Lebih terkenal dari Aidil Zafuan. Akmal Rizal? Hak..tuihh..!!!..."

    ReplyDelete
  23. Baharom Baharom. Jangan sampai kau kawin lari sama artis cukup-lah!

    ReplyDelete
  24. citer2 jugak.bersiri2 jugak.kereta racing2 jugak,komek juara bola sepak hongkong tu update tiap2 minggu.lu jangan sampai sepurnama lebih baru nak update citer lu ni.kang budak2 skolah dari nak mula buat latihan padang,terus lepak warung oder sirap.cmana bola nak maju?

    ReplyDelete
  25. Woi rilek laa. Gua tengah sibuk lagi ni. Projek banyak gila. Sabar beb. Hahaha.

    ReplyDelete
  26. nama baharom bahari ni lebih kepada posisi pertahanan je.defensive midfielder ke.att mid macam kurang cocok.gua rasa la...lainla kalau baharom baharim.

    ReplyDelete
  27. gua x nk jd player...gua main cam haram...bola sampai cantek pun gua sepek x kene...babi punya kasut,x grip..haha

    gua jadi sapoters la...kalo ada x kene karang gua komen la..suj main gua x reti...cakap banyak bole laa..haha

    ReplyDelete
  28. ada posisi attacking defensive tak?gua mau yang itu..haha

    ReplyDelete
  29. se nak jadi ballpicker boleh tak bang? haha.

    ReplyDelete

Lu mesti kasi gua idea...