Wednesday, June 3, 2009

Stadium Al-Kampioen

Bagi aku, Maarof Muhayat memang betul-betul genius otak bergeliga macam kancil. Pertengahan tahun 2009, sebuah stadium bernilai RM448,000 yang dinamakan Stadium Al-Kampioen siap dibina. Entah mana Maarof Muhayat dapat nama stadium. Daripada cerita-cerita yang aku dengar masa darjah 4 dahulu, katanya nama stadium itu hasil gabungan arab dan sedikit sentuhan Belanda. Jadi hampir 60% penduduk Kuala Lipis tak pandai nak sebut dan seringkali bersepah bunyinya apabila menyebut nama stadium itu. Kadang-kadang disebabkan malu, ada segelintir yang menggantikan nama stadium itu secara sendiri sendiri dengan menyebut ‘Stadium Seberang’, ‘Stadium Baru’, ‘Stadium Maarof’ dan ‘Stadium Takde Rupa Stadium’. Ada juga penduduk yang cakap-cakap belakang tentang di mana penggunaan bahasa kebangsaan. Macam biasa, cakap saja lebih. Nasib baik perjuangan aktivis bahasa jarang-jarang sampai ke Kuala Lipis. Kalau sampai pun, sibuk ke hal lain. Memancing ikan dan menangkap gambar contohnya.

Stadium itu tidaklah besar macam Stadium Bukit Jalil atau Stadium Darulmakmur yang boleh memasukkan berpuluh-puluh ribu manusia besar kecil. Kalau disukat dari jumlah tempat duduk yang dibina, cuma kira-kira 500 orang sahaja yang boleh duduk. Yang lain berdiri atau bergayut di mana-mana. Kawasan tempat duduknya cuma di satu sudut padang. Ya, kecil sahaja stadium itu.

Aku masih ingat lagi ketika hari pembukaan stadium itu. Pada hari itu telah diadakan satu perlawanan bolasepak di antara pasukan veteran Pahang ’92 menentang skuad pilihan Kuala Lipis. Abah bawa aku ke stadium. Seperti biasa, perlawanan persahabatan yang dimainkan oleh pemain-pemain tua itu langsung tidak mengagumkan. Sepanjang perlawanan abah asyik bercerita tentang kehebatan pemain-pemain skuad Pahang 1992 itu ketika tahun aku belum lahir. Abah kata mereka adalah generasi pemain bolasepak Malaysia yang terakhir. Beberapa tahun selepas itu Malaysia tidak lagi memiliki pemain bolasepak. Aku hairan. Liga Super yang tiap-tiap minggu main dalam stadium tak ada orang itu dan dibawakan khas oleh penaja rasmi TM Net tu bukan pemain bolasepak ke?

8 comments:

  1. sarcastic sggh penceritaan lu ni

    ReplyDelete
  2. masin sungguh mulut abah kamu ni encik baharom bahari

    ReplyDelete
  3. yang ada sekarang ni aku tak tahulah samada depa main bola ka main teng-teng..nampak serupa...

    ReplyDelete
  4. yang ada sekarang ni adalah pelakon memegang watak pemain bola sepak.....

    ReplyDelete
  5. ape kate kite g kt bkit jalil...kt M.Utd nnt bwk kain rentang........suh president FAM letak jwtan.......kasi malu sket.........

    ReplyDelete
  6. gua amat sokong kata2 bapa lu beb..sekarang ni yang tiap2 minggu dalam stadium tu bukan pemain,tapi lebih kepada model yang memperagakan jersi dan kasut serta gaya rambut terkini..peh ayat gua..

    ReplyDelete

Lu mesti kasi gua idea...